CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumat, 16 Januari 2009

Slot Pengembangan ( Expansion Slot )




Slot pengembangan terletak di bahagian belakang papan utama. Papan utama komputer XT terdapat 8 slot pengembangan yang dikenali sebagai J1 hingga J8 dan dapat melihat nombor-nombornya dicetak pada papan utama. Kad dimasukkan kepada slot pengembangan ini. Anda boleh memasang kad di sebarang slot pengembangan yang ada.

Walaubagaimanapun bagi membiarkan udara bergerak secara bebas dibahagian dalam komputer, lebih baik anda memasang kad secara berselang di antara satu dengan yang lain. Contohnya memasang kad pada slot pengembangan

nombor 1, 3, 5, 7 dengan membiarkan satu slot kosong di antaranya. Namun jika bilangan kad anda banyak, anda tidak dapat melaksanakan teknik yang telah disebutkan. Sesetengah komputer hanya dipasang dengan dua kad dalam slot perhubungan iaitu kad monitor ( video ) serta pencetak, manakala yang satu lagi ialah kad pengawal pemacu cakera

( disk drive controller ). Selain daripada itu terdapat juga kad yang dibuat khusus untuk digunakan pada slot pengembangan nombor 8 sahaja. Jadi sekiranya anda membeli kad yang khusus, anda perlulah membaca arahan yang diberikan dalam buku panduan yang disertakan bersama kad berkenaan bagi menetukan samada terdapat arahan khas mengenainya. Kadangkala slot pengembangan ini dikenali juga sebagai bas sistem atau bas tetapi ia bukanlah bas. Namun jika anda perhatikan betul-betul anda akan dapat melihat beberapa baris wayar atau surih ( traces ) pada papan utama yang menghala ke kanan dan ke kiri bermula daripada slot pengembangan. Wayar surih ini beserta dengan beberapa cip sokongan ( support chips ) yang terdapat berhampiran merupakan sebahagian daripada sistem bas.

Cip Sokongan

Cip sokongan menjalankan tugas sokongan cip yang penting seperti mikropemproses, ko-pemproses, ROM, RAM dan lain-lain. Cip ini menjalankan tugas dalam mengawal papan kekunci ( keyboard ) antara muka ( interface ), jangka masa ( timing ) dan fungsi-fungsi lain.

Suis DIP

Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis DIP pada papan utama atau papan sistem. Suis DIP ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer ( system configuration ) seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan pemacu cakera, jenis paparan dan jumlah ingatan ( memory ). Dua suis DIP yang dinamakan SW-1 dan SW-2, dilabelkan pada papan utama. Untuk kebanyakan komputer peribadi, kebanyakan suis DIP ini terletak di bahagian bawah dari mikropemproses 8088 dan ko-pemproses 08087.


PELOMPAT (JUMPER)

Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan jumper untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan video ( video display card ) yang anda gunakan konfigurasi ( configuration ) cakera keras, ingatan pada papan utama dan kelajuan komputer berkenaan. Kedudukan jumper pada papan utama adalah berbeza-beza antara satu komputer dengan komputer yang lain.

Penyambung Kuasa ( Power Connector )

Penyambung kuasa ini terletak di bahagian penjuru atas sebelah kanan papan utama, dan di bahagian tepi unit bekalan kuasa ( power supply unit ). Kabel warna yang membawa kuasa dari unit bekalan kuasa akan disambung ke dalam soket yang disediakan pada papan utama ini untuk kegunaan seluruh papan utama dan komponen-komponen elektronik yang terdapat di atasnya.

Penyambung Papan Kekunci ( Keyboard Connector )

Penyambung papan kekunci terletak dibahagian belakang papan utama di sebelah kanan dan biasanya ditandakan dengan label J9. Kedudukan penyambung papan kekunci agak menonjol ke atas pada papan utama. Ada sesetengah komputer

yang mempunyai penyambung papan kekunci di bahagian depan.

Bas ISA ( Industry Standard Architecture )

Komputer AT ( Advance Technology ) yang mempunyai kelajuan 6MHz ( dibandingkan XT 4.77MHz ). Mikropemproses baru 80286 telah digunakan pada komputer AT dan ia mempunyai keupayaan untuk mengendalikan data jenis 16 bit dan alamat ( address ) jenis 20 bit. Ini bermakna untuk menyesuaikan dengan mikropemproses ini, IBM terpaksa mencipta bas data ( data bus ) jenis 16 bit yang baru menggantikan jenis 18 bit lama yang digunakan oleh komputer XT. Walaubagaimanapun IBM tidak mencipta bas data yang baru keseluruhannya, tetapi ia menambahkan penyambung tambahan ( plug-in connector ) kepada bas yang lama untuk mewujudkan Bas ISA.

Bas ISA menambahkan 8 garisan data dan 4 garisan alamat yang kesemuanya menjadikan bas data berjumlah 16 bit dan bas alamat 2 bit.

Kelajuan komputer AT 286 telah ditingkatkan menjadi 8 MHz dan dengan menggunakan bas jenis ISA yang dua kali ganda lebih cepat daripada bas XT. Ini bermakna ia dapat

memindahkan data berjumlah 8 megabait. Bas jenis ini telah digunakan apabila kelajuan mikropemproses meningkat kepada 10 MHz, 12 MHz dan kemudiannya 16 MHz. Walaubagaimanapun pada tahap ini, bas jenis ISA didapati kurang memuaskan. Oleh itu satu sistem bas baru diperlukan.

Senibina bas jenis ISA diperkenalkan pada komputer peribadi IBM pada tahun 1982 dan kemudiannya dikembangkan ke IBM PC/AT. Bas ISA membolehkan pengilang membina sistem di mana komponen-komponennya boleh disaling tukar. Contohnya pemacu cakera liut yang digunakan untuk komputer peribadi IBM boleh juga digunakan untuk komputer peribadi klon IBM, kad paparan yang digunakan untuk IBM AT juga boleh digunakan untuk sistem IBM-compatible berasaskan cip CPU 286. Terdapat dua versi bas ISA. Versi yang lama ialah bas 8 bit sementara yang baru ialah 16 bit. Kedua-duanya beroperasi pada kadar 8 MHz.

Bas ISA 8 bit

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan IBM AT, sistem baru termasuk slot tambahan dengan lebih banyak penyambung untuk menghantar 16 bit data pada setiap kali, dua kali lebih banyak maklumat berbanding dengan bas asal. Bas ini

dinamakan ISA. Ia dibina untuk menerima kad adapter terdiri daripada dua keping kayu yang disatukan dengan 62 sambungan emas. Secara elektronik, slot ini menyediakan 8

baris data dan 20 baris alamat, membolehkan slot mengendalikan ingatan 1M.

Bas ISA 16 Bit

Generasi kedua cip 80286 boleh mengendalikan 16 bit bas I/O pada satu-satu masa, berbanding dengan 8 bit pad cip CPU terdahulu. PC AT diperkenalkan dengan kemudahan slot tambahan berkembar. Anda boleh masukkan kad tambahan 8 bit pada bahagian hadapan slot atau kad tambahan 16 bit pada kedua-dua bahagian slot. Bahagian kedua setiap slot tambahan mengandungi penyambung 36 pin untuk membawa isyarat tambahan yang diperlukan bagi melaksanakan bahagian data yang lebih luas.

Bas ISA 32 bit

Ia didapati setelah beberapa ketika CPU 32 bit muncul. Sebelum MCA dan EISA dikeluarkan, beberapa pembekal mencipta bas 32 bit sendiri, iaitu sambungan daripada bas ISA. Bahagian tambahan bas digunakan untuk kad tambahan
ingatan dan paparan. Kelemahannya yang menyebabkan ia kurang popular ialah :
1). Tidak dapat menerima kad 8 bit dan 16 bit atau penyesuai ISA yang lama.

2). IBM tidak membenarkan syarikat lain menduplikasikan ini seperti rekabentuk bas yang lebih awal. Ini menyebabkan

rekabentuknya menjadi lembab. Oleh kerana sistem tidak piawai, susunan pin dan spesifikasi tidak diperolehi.
Bas PCI ( Peripheral Component Interconnect )

Syarikat Intel telah memperkenalkan bas tempatan PCI pada bulan Julai 1992 iaitu sebulan lebih awal sebelum bas VL diperkenalkan secara rasmi. Bas PCI boleh digunakan pada komputer 386 dan 486 tetapi ia direkabentuk untuk komponen Pentium.

Bas VL disambung terus kepada mikropemproses ( CPU ), tetapi bas PCI adalah berbeza sedikit. Kebanyakan penyambung dan kad adapter PCI adalah jenis berdiri sendiri ( standalone ). Kad adapter untuk bas VL bukan jenis berdiri sendiri kerana ia menggunakan pin bas 16 bit dan bas VL.

Satu daripada kelebihan bas PCI dibandingkan bas VL awal ialah kerana ianya jenis sistem "plug and play", ia mempunyai ciri "auto configuration" dan akan sentiasa automatik serta "configure" kad adapter 9. Apabila anda memasang kad adapter jenis lain anda perlu set beberapa suis DIP dan jumper sebelum anda dapat menggunakannya.

Bas PCI boleh digunakan pada papan utama ( motherboard ) sistm ISA atau MCA. Terdapat 3 jenis penyambung PCI – satu untuk bas 32 bit, satu untuk bas 64 bit ( 3-V ) dan satu untuk bas 64 bit ( 5-V ). Ianya boleh disambungkan sebagai penyambung berdiri sendiri ( standalone connectors ) atau pada hujung penyambung slot biasa, hampir sama dengan bas VL.

0 komentar: