CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumat, 16 Januari 2009

INGATAN CAPAIAN RAWAK ( RANDOM ACCESS MEMORY ) RAM

INGATAN CAPAIAN RAWAK ( RANDOM ACCESS MEMORY ) RAM



RAM bermaksud ingatan capaian rawak di mana komputer menyimpan secara sementara arahan dan data yang diberi kepadanya. Jika arus elektrik terputus, kandungan dalam storan ini akan hilang. Terdapat dua jenis ingatan dalam komputer iaitu ingatan meruap dan ingatan tidak meruap. Ingatan meruap juga dikenali sebagai ingatan utama manakala ingatan tidak meruap dikenali sebagai ingatan sekunder. Perkataan meruap digunakan kerana ingatan ini tidak kekal pada komputer. Ingatan ini hanya ada bila komputer di’on’kan

sahaja dan hilang bila komputer di’off’kan, sebaliknya bagi ingatan sekunder, ianya kekal walaupun komputer di’off’kan. Komputer sebenarnya memerlukan kedua-dua jenis ingatan. Ingatan utama diperlukan oleh komputer bagi menyimpan

maklumat tentang data yang sedang diproses. Sebagai contoh, jika kita menggunakan Windows 95, data-data program berkaitan Windows 95 akan diambil daripada ingatan sekunder ( hard disk ) dan disimpan dalam ingatan utama. Maklumat-maklumat yang disimpan dalam ingatan utama lebih cepat untuk dibaca atau disimpan semula berbanding maklumat/data daripada ingatan sekunder.

Memori RAM terbahagi kepada dua jenis dalaman iaitu SIMM ( Single Inline Memory Module ), DIMM ( Double Inline Memory Module ). Kedua-dua jenis ini menggunakan antaramuka 72 pin dan 124 pin. SIMM menawarkan laluan data sebanyak 32 bit manakala DIMM menawarkan laluan 64 bit. Sebenarnya SIMM dan DIMM merujuk kepada modul

( papan litar yang beserta dengan chip ) di mana RAM dipakejkan bersama.

Bahagian komputer yang melaksanakan fungsi ingatan utama adalah RAM. Terdapat dua jenis RAM yang utama, iaitu



Static RAM ( SRAM ) dan Dynamic RAM ( DRAM ). Biasanya bila kita menyebut RAM, kita merujuk kepada DRAM. Perkataan dynamic pada DRAM digunakan kerana ingatan pada DRAM perlu sentiasa dikemaskinikan sepanjang masa. SRAM

sebagai perbandingan, tidak perlu dikemaskini selalu di mana segala maklumat yang disimpannya akan kekal sehinggalah komputer ditutup.

Terdapat pelbagai variasi DRAM, setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri. EDO RAM ( Extended Data Out RAM ) adalah varisi baru bagi DRAM . lanya adalah lebih laju sedikit berbandingan DRAM yang biasa. BEDO RAM ( Burst EDO RAM adalah lanjutan daripada EDO RAM tetapi dengan sedikit penambahan ). Mengikut spesifikasi yang dikeluarkan, kelajuannya adalah sehingga 33% lebih berbandingan EDO RAM.

Perkembangan terkini dari segi perkakasan dan perisian menyaksikan saiz RAM yang besar diperlukan oleh PC. Windows 95 sebagai contoh, untuk beroperasi ia memerlukan sekurang-kurangnya 4MB RAM tetapi pihak Microsoft mengesyorkan sekurang-kurangnya 8 MB RAM. Keperluan untuk saiz memori yang lebih besar bertambah jika kita
menggunakan perisian yang lebih besar, terutama yang melibatkan aplikasi grafik dan multimedia.

Cache

Memori untuk cache adalah dari jenis SRAM. Memori jenis ini lebih laju daripada DRAM tetapi ia menghadapi satu masalah iaitu kosnya yang telalu mahal. SRAM mampu membekalkan data kepada CPU sepantas keupayaan CPU memproses data. Disebabkan kosnya yang mahal, sesebuah PC biasanya mempunyai saiz cache yang kecil sahaja yang hanya mengendalikan data-data tertentu sahaja yang selalu digunakan oleh CPU.

0 komentar: