CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumat, 16 Januari 2009

Bas USB ( Universal Serial Bus )



Dibangunkan oleh Intel. Ia merupakan cara baru untuk menghubungkan peripheral ke desktop komputer. Ia bertujuan untuk mengambil alih fungsi jumper, setting IRQ, channel DMA dan alamat I/O. Papan induk mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua penghubung USB.

USB merupakan kabel bersiri yang menampung pertukaran data di antara komputer induk dan ruang yang luas

secara serentak. USB membenarkan peripheral beroperasi semasa komputer beroperasi. Ia boleh menampung sebanyak 127 peranti, termasuk peranti yang menghantar data dari 1.5 mbs ke 12 mbs. Contoh USB peripheral ialah keyboard, mouse, mesin penjawab telefon, printer, scanner, fax/modem, ISDN, Tablet, game controller dan sebagainya. Kabel USB mempunyai 4 wayar. Panjang maksimum ialah 5 meter dan ianya mempunyai dua jenis penyambung.

Memori atau Ingatan Komputer

Komputer memerlukan ingatan untuk menyimpan data dan aturcara. Ingatan biasanya dibina dengan menggunakan peranti-peranti magnet atau litar-litar semikonduktor. Semua

bahagian ( dalam ingatan mempunyai alamat bernombor masing-masing sama seperti rumah kediaman dan kedai ). Setiap bahagian beralamat itu boleh menyimpan satu arahan atau nombor.

Ingatan komputer sama seperti peti-peti surat. Setiap peti surat mempunyai nombor tersendiri. Setiap peti mungkin mengandungi dokumen, surat dan lain-lain. Ingatan komputer juga mempunyai satu alamat untuk setiap bahagian dalam ingatan dan isinya mungkin satu arahan atau data. Ingatan komputer dapat menerima maklumat daripada peranti-peranti input dan memindahkan maklumat kepada peranti-peranti output.

Komputer memerlukan bahagian ingatan untuk mengingati data dan tugas yang perlu dibuat. Unit pemproses pusat akan merujuk kepada bahagian ingatan untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas telah siap.

Jenis-jenis ingatan ialah seperti :

0 komentar: