CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumat, 16 Januari 2009

Komponen Papan Utama cpu (Mikropemprosesan)



Central processing Unit ( CPU ) atau Unit Pemprosesan Pusat adalah merupakan otak untuk sebarang sistem komputer . Ia adalah merupakan satu kumpulan litar kamil [ Integrated Circuit ( IC ) ] yang juga

dipanggil cip. Mikropemproses XT mempunyai cip 8088 yang berbentuk segiempat bujur ( dipasang pada bahagian atas di kanan papan utama ) dan mikropemproses AT dan Pentium mempunyai cip 80386, 80386, 80486 berbentuk segiempat sama. Litar dalamannya terdiri daripada komponen diskret seperti Transistor, Diod, perintang dan lain-lain. Bilangannya mencapai berjuta-juta atau mungkin mencapai beratus-ratus juta transistor. Litar tersebut boleh melaksanakan tugas Arithmetik atau Logik dan Unit Kawalan. Unit Arithmetik menerima data dari ingatan komputer. Data akan diproses berdasarkan arahan yang diterima, misalnya campur, tolak, darab, bahagi dan perbandingan logik ( sama, lebih besar, lebih kecil ) atau apa-apa kombinasi tersebut. Hasil pemprosesan akan disimpan di dalam ingatan komputer. Unit kawalan menjalankan tiga fungsi utama iaitu:

ã Baca, tafsir dan terjemah suruhan-suruhan program.
ã Arah operasi komponen-komponen dalam pemproses.
ã Kawal perjalanan program data masuk dan keluar dari storan utama.
Unit kawalan mengandungi ruang-ruang simpanan yang digelar daftar ( register ) untuk kerjanya. Data-data ini hanya
boleh menyimpan beberapa bait sahaja. Lazimnya saiz daftar adalah 8 bit, 16 bit, dan 32 bit. Cip Intel Pentium mempunyai 256 bit laluan ( 1 bait = 8 bit = 1 aksara ).

Mikropemproses terdapat dalam 2 bentuk utama :

1). ‘Dual In Line Pakage ( DIP )’
2). ‘Surface Mount Device ( SMD)’

Mikropemproses adalah merupakan tempat melakukan kawalan pada sistem komputer. Ia memproses data yang diterima dari I/O secara berjujuk lebih laju. Kelajuannya diukur dalam unit megahertz (MHz). Miropemproses di aturcara dengan hanya menggunakan bahasa mesin ( assembly language ) untuk jenis tersebut sahaja. Contoh mikropemproses INTEL adalah 8088, 80286, 80386, 880486, 80586 ( Pentium ) dan Pentium II. Motorola mengeluarkan 6800, 6802, 68000 dan lain-lain lagi.

0 komentar: